Program Yayasan Kita Anak Malaysia
Yayasan Kita Anak Malaysia telah menganjurkan Majlis Iftar Jalinan Kasih Yayasan Kita Anak Malaysia yang telah dihadiri oleh TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak di Hotel The Light, Pulau Pinang.
Turut hadir ialah YBhg. Datuk Azman bin Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri, YDH CP Datuk Hj Hamzah bin Hj Ahmad, Ketua Polis dan Pengarah-Pengarah Jabatan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
TYT Tun turut menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim dan majlis diteruskan dengan takzirah ringkas serta bacaan doa. Majlis diakhiri dengan jamuan berbuka puasa serta solat Maghrib berjemaah.
Majlis turut dihadiri oleh Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Bin Mohamed, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia dan Profesor Dr. Shaharum Bin Shamsuddin, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni, hadir sama YBhg. Profesor Dato' Ir. Hj. Ahmad Rashidy Razali, Rektor UiTM Pulau Pinang diiringi YBrs. Dr. Ahmad Asri Abd Samat, Timbalan Rektor (HEP) dan Dr. Muhammad 'Arif Aizat Bashir, Ketua Staf Residen Kolej UiTM Pulau Pinang, Pengarah Vokasional Pulau Pinang, Timbalan Pengarah Politeknik Pulau Pinang, Timbalan Pengarah IKTBN, Pengarah Institut Pendidikan Perguruan Malaysia dan wakil-wakil Institut Pengajian Tinggi yang lain.
Acara diteruskan dengan sesi tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd. Fadhly Hasbullah (Ustaz Manis) serta persembahan nasyid dari Kumpulan Rabbani yang menyemarakkan lagi suasana majlis.
Majlis Iftar Jalinan Kasih 2025 ini bukan sahaja membawa keberkatan dalam bulan Ramadan, tetapi juga memperkukuh hubungan antara masyarakat serta memberi peluang kepada anak-anak yatim dan pelajar untuk merasai kemeriahan iftar bersama komuniti yang prihatin.




Majlis Iftar Jalinan Kasih Yayasan Kita Anak Malaysia
















































































Yayasan Kita Anak Malaysia
Memperkasakan Masyarakat untuk Malaysia yang Maju dan Terangkum
HUBUNGI KAMI
Sertai kami sekarang
+6014-3375392/ +6013-4066077
© 2024. All rights reserved.
