Latar Belakang

Yayasan Kita Anak Malaysia yang telah ditubuhkan pada tahun 2021 aktif menjalankan pelbagai program yang berkisarkan kebajikan, pendidikan, ekonomi belia dan alam sekitar di seluruh Malaysia sejak pandemik COVID-19. Di antara contoh-contoh program yang pernah dilaksanakan oleh Yayasan Kita Anak Malaysia sebelum bermula tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah seperti berikut:

  • Program Pembangunan Skil Keusahawan Modal Insan - Entrepreneur Skills Building Your Ambition A Head, IPTAR Kuala Lumpur

    (20-21 September 2023) dan RTM Sarawak (30 September 2023)

  • Majlis Iftar Jalinan Kasih Yayasan Kita Anak Malaysia 2024 (23hb April)

    Bersama Menteri Hal-Ehwal Agama, Jabatan Perdana Menteri Dato Setia Dr. Haji Mohd Naim Haji Mokhtar bersama 500 Pelajar-pelajar IPTA & IPTS Kategori B40 termasuk OKU Bisu dan Pekak dan Anak-anak Yatim Piatu di Hotel Whydham, Klang.

  • Majlis Iftar Jalinan Kasih Yayasan Kita Anak Malaysia Tahun 2023

    Bersama 200 Pelajar-pelajar IPTA & IPTS Kategori B40 termasuk Bisu dan Pekak dan Anak-anak Yatim Piatu di Hotel Whydham, Klang.

  • Program Sambutan Hari Merdeka

    Bersama Bayi-Bayi Merdeka yang lahir pada 31hb Ogos 2023 di sekitar Kuala Lumpur & Shah Alam.

  • Jelajah Kasih Sambutan Ramadan

    Bagi Ibu-Ibu Tunggal & OKU Sekitar Perkampungan Melayu Kampung Baru, Kuala Lumpur.

  • Sumbangan Prihatin COVID-19

    Bagi Keluarga B40, Nibong Tebal, Pulau Pinang dan Kuching, Sarawak.

  • Bantuan Khas

    Kepada Pemandu-Pemandu Van Sekolah Terkesan Akibat Penutupan Sekolah sewaktu Pandemik di Bandar Melaka.

  • Bantuan Peralatan Kerusi Roda & Peralatan Kesihatan

    Kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) di Sentul Kuala Lumpur dan Bintulu, Sarawak.

  • Bantuan Peranti Pembelajaran & Pengajaran

    Bagi pelajar-pelajar sekolah menengah di Shah Alam, Selangor dan juga UiTM Sarawak.

  • Bantuan Khas

    Barangan Keperluan Harian bagi Pemandu Teksi Sekitar Kuala Lumpur.