Program Yayasan Kita Anak Malaysia
Seramai 400 pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan peralatan persekolahan daripada 32 sekolah rendah dan sekolah menengah sekitar Daerah Barat Daya Pulau Pinang telah menerima bantuan persekolahan menerusi Program Kembali ke Sekolah yang telah dianjurkan oleh Yayasan Kita Anak Malaysia di Balik Pulau, Pulau Pinang. Program ini adalah kerjasama bersama Taqwa MAIWP dan Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya. Program yang dihadiri lebih daripada 800 orang termasuk ibu bapa pelajar telah berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pondok Upeh, Balik Pulau. Setiap pelajar telah menerima bantuan peralatan persekolahan yang berjumlah RM175 ringgit meliputi keseluruhan set pakaian sekolah, bag dan alat tulis.
Program ini telah dihadiri oleh YB Tuan Fahmi bin Zainol Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB Dato Muhammad Bakthiar bin Wan Chik Ahli Parlimen Balik Pulau, Tuan Puvan Pengerusi Yayasan Kita Anak Malaysia, Tuan Haji Suhaili bin Mohd Yusoff Ahli Lembaga Pemegang AmanahTaqwa – MAIWP, Tuan Shamsul Fairuz bin Mohamad Nor Pegawai Pendidikan Daerah Barat Daya dan Tuan Hassan bin Din Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Pondok Upeh, Balik Pulau.
Bantuan persekolahan ini akan diteruskan di Pulau Pinang dengan perancangan untuk diperluaskan ke daerah lain. Inisiatif yang dilaksanakan ini mencerminkan keprihatinan Yayasan Kita Anak Malaysia dalam menoktahkan keciciran pendidikan.




Program Program Kembali ke Sekolah




























Yayasan Kita Anak Malaysia
Memperkasakan Masyarakat untuk Malaysia yang Maju dan Terangkum
HUBUNGI KAMI
Sertai kami sekarang
+6014-3375392/ +6013-4066077
© 2024. All rights reserved.
