Program Yayasan Kita Anak Malaysia

Yayasan Kita Anak Malaysia telah menganjurkan Majlis Kasih Deepavali & Penyampaian Sumbangan Kebajikan Deepavali bersama Tuan Yang Terutama Tun Dato Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Haji Abdul Razak, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Program ini telah disantuni oleh YB. Dato' Seri Sundarajoo Somu, EXCO Perumahan dan Alam Sekitar dan YBhg. Dato’ Seri Sr. Haji Rozali bin Haji Mohamud, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Amal TYT.

TYT Tun, diiringi YB. Dato' Seri Sundarajoo Somu, YBhg. Dato’ Seri Sr. Haji Rozali bin Haji Mohamud dan Pengerusi Yayasan Kita Anak Malaysia, Tuan Puvaniten Helan Govan telah menyempurnakan pemberian sumbangan barangan keperluan Deepavali kepada 300 golongan OKU dan komuniti B40.

Majlis Kasih Deepavali & Penyampaian Sumbangan Kebajikan Deepavali